TEORI DAN MODEL WACANA

Wacana berasal daripada perkataan Jawa 'wocono'. Wocono pula berasal daripada perkataan woco yang membawa maksud baca. Wacana merupakan salah satu kajian dalam ilmu linguistik yakni bahagian daripada gramatik. Menurut Mohd Rashid (2004), sesuatu ayat yang diujarkan baik dalam bentuk lisan atau tulisan adalah berfungsi sebagai suatu unsur dalam kesatuan yang dilakukan oleh jalinan ayat yang menyamaikan sesuatu maklumat tentang topik. Terdapat penggunaan teori dan model wacana dalam penulisan wacana sebagai panduan kepada pembaca-pembaca dan pengkaji yang akan melakukan kajian mengenai topik ini.

MODEL TAUTAN PINDAAN

Model Tautan Pindaan (MTP) yang diperkenalkan oleh Sanad MD Nasir pada tahun 2002. Model tautan pindaan ini Nasir (2002) menggunakan perkataan ‘pindaan’ dengan maksud asalnya ialah Model Halliday dan Hassan (1976), tetapi telah mengalami penyusunan semula kerana ada aspek tautan yang tidak disentuh.  Aspek itu ialah tautan perulangan prafrasa, paralelisme, dan tautan perulangan struktur dan makna sama. Terdapat tiga jenis utama pembahagian Model Tautan Pindaan ini iaitu membahagikan tautan kepada tiga jenis utama, iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi dan tautan penghubung ayat. Pembahagian ini berdasarkan ciri bentuk, fungsi, makna dan konteks. Justeru itu, pembahagian jenis jawapan tautan utama dengan sub jenis masing- masing bagi Model Tautan Pindaan ditunjukkan seperti di rajah bawah:


TEORI ATQAKUM (SANAD MD NASIR)

Sanad Md Nasir (1993:122-124) menyatakan bahawa teori-teori tatabahasa wacana yang sedi ada masih belum mempunyai asas yang kukuh kerana keupayaan teori-teori ini yang terbatas dalam melihat hubungan antara makhluk dengan sang Penciptanya (Khaliqnya). Justeru itu, bagi memenuhi keperluan tersebut, telah wujudnya sebuah teori yang lebih ampuh dengan asas-asas yang kukuh iaitu teori Atqakum. Teori ini telah diperkenalkan oleh Sanad Md Nasir kerana bagi beliau teori bahasa yang wujud dan yang telah ada sebelum ini di negara kita tidak mempunyai asas yang kukuh.

Dalam teori Atqakum ini, beliau telah menggabungkan deskripsi dan eksplanatori dengan keadaan yang menumpukan kepada “atqaqum”. Teori “Atqakum” merujuk kepada makna yang khusus iaitu bertaqwa. Teori ini menitikberatkan penutur dan pendengar bahasa lebih mendekatkan diri kepada kepada Allah dan menjadi insan yang bertaqwa disisi Allah. Justeru bagi mencapai tahap ini, penutur bahasa yang memaksimumkan fungsi bahasa sebagai alat komunikasi perlu dilihat dalam kerangka ibadah (liya’budu). Justeru dalam sesuatu komunikasi, maklumat yang disampaikan haruslah jelas dan komunikatif.

Dalam teori Atqakum juga terdapat konsep “alamma” yang memperlihatkan perlunya bahasa yang berfungsi untuk mengajarkan iaitu oleh Allah kepada manusia. Perkara ini amat berkaitan dengan sifat atau fitrah penciptaan manusia yang bersifat lemah dan jahil. Teori ini mempunyai unit tatabahasanya iaitu satu konsep yang menyeluruh yang lebih dikenali sebagai ‘Wacana Plus plus’. Melalui kesinambungan ini, dapat dilihat sesuatu yang terbaik yang dikenali sebagai Tatabahasa wacana plus-plus.  Dalam Wacana Plus-Plus, hierarki unit tatabahasa ini boleh dilihat dalam konteks yang lebih luas, iaitu dengan bermulanya dari sesuatu yang tidak diketahui,fonem, kata, frasa, klausa, ayat, wacana dan berakhir dengan wacana plus-plus. Unit tatabahasa ini turut merangkumi hal-hal yang tidak terjangkau oleh akal manusia. Justeru itu, pada peringkat ini, tatabahasa wacana plus-plus dilihat sebagai unit tatabahasa yang terbesar disebabkan oleh ianya merancakupi perkara-perkara ghaib.


MODEL SATO HIROBUMI (RAHMAT ABDULLAH)

Dalam penghasilan kajian wacana, telah terdapat pelbagai kajian yang berkaitan dengannya. Kebanyakan kajian ini adalah dalam bentuk artikel, buku, kertas kerja, latihan ilmiah dan tesis sarjana. Pada peringkat awal, ayat telah dianggap sebagai analisis struktur yang paling tinggi dalam bahasa atau merupakan satu satuan terbesar dalam deskripsi tatabahasa. Rahmat Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sato Haribumi merupakan ahli bahasa yang telah giat dalam menganalisis bidang bahasa. Justeru, dekad 1990-an memperlihatkan kerangka penelitian tentang wacana bahasa Melayu semakin menyerlah. Sato Haribumi melihat struktur maklumat kepada dua aspek iaitu maklumat lama (ML) dan maklumat baru (MB).

Maklumat Lama dan Baru

Maklumat yang disampaikan sama ada secara lisan atau tulisan disusun dengan cara tertentu dalam proses komunikasi. Dalam perbualan seharian, kita jarang memikirkan apa yang hendak dikatakan apatah lagi menyusunnya. Ini kerana ia dihasilkan secara natural atau spontan. Tetapi,apabila kita mengkaji bahasa, tanpa disedari bahawa manusia menerapkan dan mengamalkan cara berkomunikasi. Struktur ini dibina dalam nahu bahasa dan berlaku pada peringkat klausa. Semua klausa mempunyai struktur informasi dan ianya menggunakan dalam lisan dan juga petulisan.

         Menurut Halliday, struktur informasi merujuk kepada ‘proses interaksi di antara apa yang sudah diketahui atau dijangkakan dan apa yang baru atau tidak dijangkakan’. Unit informasi terdiri daripada satu unsur maklumat pilihan; bermakna boleh ada atau tidak ada. Yang ada hanya maklumat baru dalam ayat tersebut. Walau bagaimanapun, pembaca faham apakah maklumat lama yang ditiadakan, maklumat baru dan diikuti oleh satu unsur baru yang wajib (maklumat baru). Struktur maklumat terbahagi kepada dua iaitu maklumat lama dan maklumat baru. Maklumat lama adalah maklumat yang dijangka sudah diketahui oleh pendengar. Manakala maklumat baru adalah maklumat yang belum diketahui oleh pendengar. Maklumat baru biasanya berada pada bahagian kedua klausa. Sesebuah komunikasi dapat berlangsung dengan berkesan apabila penyapa dapat berkongsi pengetahuan bersama dengan pesapa. Pengetahuan yang dikongsikan ini selalunya terdapat pada permulaan klausa termasuk maklumat yang menjadi fokus kepada mesej penyapa, maklumat itu dikira baru. Terdapat tujuh penanda maklumat lama dan empat jenis penanda maklumat baru (MB) dapat dilihat dari rajah di bawah:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TEORI DAN MODEL WACANA

Wacana berasal daripada perkataan Jawa 'wocono'. Wocono pula berasal daripada perkataan woco yang membawa maksud baca. Wacana merupa...