TAUTAN DAN RUNTUTAN

Menurut Beaugrande dan Dressler (1981), tautan dan runtutan merupakan antara ciri-ciri ketekstualan yang mendirikan sesebuah teks, selain tahap tujuan, tahap penerimaan, tahap maklumat, tahap situasi, dan tahap antara tujuan. 


  • Tautan 

Menurut Asmah Hj. Omar (1987) yang menggunakan istilah tetenunan menakrifkan tautan sebagai kesatuan yang diperlihatkan oleh sifat lahir teks, iaitu merujuk kepada perkataan kebahasaan yang ada pada teks. Manakala Halliday dan Hassan (1974) menyatakan bahawa tautan sebagai konsep semantik yang merujuk kepada hubungan makna antara unsur dengan unsur yang lain dalam teks. Tautan terbahagi kepada dua jenis iaitu tautan gramatikal, sintaksis, atau semantik  dan tautan leksikal. 


Makna Tautan Menurut Sanad Md. Nasir (2002) "Keserasian hubungan antara unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana. Keserasian ditinjau daripada hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan sesuatu perkataan dalam wacana tersebut". Kohesi juga disebut sebagai organisasi sintaktik yang mana merupakan wadah ayat-ayat yang disusun secara padu dan juga padat. 




Tautan Leksikal 


Tautan Leksikal 


  1. Repitisi

Repitisi atau pengulangan merupakan kata yang sering kali diulang yang terdiri daripada ‘kata isi’. Pengulangan tersebut dilakukan terhadap perkataan-perkataan yang penting. Perkataan yang penting boleh dikenali dengan melihat fungsinya sebagai unsur yang tidak boleh ditinggalkan. Namun, apabila ditinggalkan, ayat itu tidak lagi bermakna. 


  1. Sinonim

Sinonim merupakan perkataan yang sama erti. Pengulangan dilakukan dengan mengulang perkataan yang sama erti bagi mengelakkan kebosanan. 


  1. Hiponim

Hiponim merupakan pengkelasan sesuatu perkara. Hiponim menyebut sesuatu perkara secara generalisasi terlebih dahulu kemudian barulah diikuti dengan contoh-contoh. Hiponim penting dalam memberikan kefahaman yang lebih kepada pembaca terutamanya dalam memahami contoh-contoh bagi sesuatu subjek yang ingin diterangkan. 


  1. Antonim

Antonim merupakan tautan yang menggunakan kata yang berlawanan maksud dalam ayat atau perenggan yang sama.


  1. Kolokasi

kolokasi pula sejenis tautaan yang menunjukkan penyenaraian contoh-contoh kemudian berlaku generalisasi. 


  1. Ekuivalensi 

Ekuivalensi dapat dilihat melalui perkataan yang mempunyai kata dasar yang sama tetapi berlainan imbuhan seperti perkataan perjuangan dan memperjuangkan. 






Tautan Gramatikal, Sintaksis atau Semantik


Kata ganti atau pronomina merupakan salah satu ciri tautan jenis gramatikal. Kata ganti terdiri daripada dua, iaitu kata ganti diri nama khas dan kata ganti diri untuk kata nama am. Kata ganti diri nama khas boleh terdiri daripada aku, mereke, kamu, dia dan nya. Seterusnya kata ganti nama am pula boleh dilihat melalui perkataan itu, ini, sana, situ dan nya. Kridalaksana dan Tarigan mendefinisikan elipsis sebagai peniadaan kata atau satuan lain yang wujud asalnya dapat diramalkan dari konteks bahasa atau konteks luar.





  • Runtutan 

Runtutan bermaksud koheren. Menurut Almieda (1984), runtutan ujaran boleh berlaku tanpa dinyatakan secara eksplisit. Walaupun sesuatu maklumat tidak dinyatakan tetapi sesebuah wacana itu boleh diinterpretasikan. Sanat Md Nasir mendefinisikan runtutan sebagai susunan fikiran ayat secara logik atau kualiti kefahaman tentang sesuatu. Terdapat lapan elemen dalam runtutan iaitu seperti berikut. 


  1. Aditif atau penambahan 

  2. Rentetan

  3. Pengulangan    

  4. Penekanan

  5. Hubungan Keseluruhan dan Bahagian

  6. Hubungan Hasil dan Kegagalan

  7. Hubungan Perbandingan

  8. Hubungan Ibarat 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TEORI DAN MODEL WACANA

Wacana berasal daripada perkataan Jawa 'wocono'. Wocono pula berasal daripada perkataan woco yang membawa maksud baca. Wacana merupa...